embun dinihari..

embun dinihari..
LaKarkaN hIdUpMu dGn wArNa wArNi kEhDuPaN.....


Get your own Digital Clock


Get a Glitter Calendar Click Here
bahagia tidak selalu berpanjangan

WaNiTa ... !!! siLa jAuHi ......

lelaki yang inginkan temannya mirip bekas kekasih
  - melalui fasa sedih akibat putus cinta sering membuatkan lelaki mengambil tindakan mencari        
    teman baru. mereka juga cenderung membandingkan teman wanita baru mereka itu dengan
    bekas kekasih lama. sebaiknya siasat dulu adakah dia sudah benar-benar melupakan bekas 
    kekasihnya atau sebaliknya.

Lelaki yang sering “menghilang”
  - lelaki seperti ini sering menghilangkan diri dengan alasan terpaksa menyempurnakan tugas
    penting di pejabat atau membatalkan temu janji anda bersamanya secara tiba-tiba. bagi 
    yang berpacaran dengan jejaka ini, sebaiknya berhati-hati kerana mereka mungkin memiliki pacar atau sudah beristeri.

Lelaki yang terlihat terlalu sempurna
-        Lelaki yang tergolong dalam kategori lelaki seperti ini biasanya berkereta mewah dan mempunyai penampilan menarik seperti orang kaya. Bagi wanita di luar sana, jangan terburu-buru menghampiri lelaki seperti ini. Bukan apa, bimbang lelaki seperti ini berselindung di sebalik imej kerana mempunyai niat buruk di sebaliknya.

Lelaki yang tidak beretika
-        Lelaki  jenis ini sering mengajak teman wanitanya bertemu di lokasi berhampiran dengan rumahnya. Sudahlah begitu, teman wanitanya itu di suruh supaya datang sendiri dengan teksi. Jika ini terjadi, putuskan segera hubungan anda dengannya. Tiada gunanya anda berpacaran dengan lelaki seperti ini selain tidak bertanggungjawab. Dia juga mungkin mempergunakan teman wanitanya sendiri demi kepentingan dirinya suatu hari nanti.

Lelaki yang tangannya RAMAH
-        Baru beberapa kali bertemu, si dia sudah berani menyentuh tubuh teman wanitanya. Apabila ditegur dia berlagak selamba sambil memberi pelbagai alasan yang tidak mampu diterima akal. Jangan sekali-kali berdampingan dengan lelaki seperti ini. Lebih baik lupakan saja niat untuk terus berkawan dengannya.

No comments:

Post a Comment