embun dinihari..

embun dinihari..
LaKarkaN hIdUpMu dGn wArNa wArNi kEhDuPaN.....


Get your own Digital Clock


Get a Glitter Calendar Click Here
bahagia tidak selalu berpanjangan

AKU

Bila aku.
Jangan samakan seperti lain.
Aku hanya aku.
Walau sejuta muka seperti aku.
Aku tetap aku.
Perangai dan sikap aku.
Adalah aku.
Tolong ya.
Jangan bandingkan aku.
Itu yang aku harapkan.
Biarpun aku macam apa sekali pun.
Jangan hiraukan.
Jaga katakata tu.
Jangan sampai kau terkaku.
Bilamana dengar katakata ku.
Sekarang aku diamkan aja.
Sebab?
Aku malas nak bertikam lidah.
Budakbudak okay.
Aku malas.
Malas !


Nukilan.
02.19pm
30/08/2013
roseshar !

Akulah CINTA.

Rasa itu tetiba.
Ah.
Apa itu.
Berfikir sendirian.
Bermain dengan hati dan perasaan.
Bukan senang.
Kekadang yang remeh
Dirasa sebesar gunung.
Itulah di namakan CINTA.
ajaibkan?
Cinta datang tanpa bersahut.
Lalu dikemaskan di sisi hati.
Agar tuan empunya badan menyedari.
Oh. Cinta.
Kau buatku tak ketahuan.
Di mana salah silapnya diri
Ketika hati kedua dua gundah?
"Fahamilah aku, wahai tuan.
Selamilah aku, wahai tuan.
Jangan kau pernah buang aku,
Andai aku sudah bersedia di sini."


Nukilan.
07.17am
26/08/2013
roseshar !

Pergi.

Lirikkan mata aku.
Membaca setiap ungkapan.
Pilu ! Milu ! Tulu !
Isyh.
Nyah kau perasaan.
Jangan kau layankan.
Hati yang lara.
Sadis kan.
Tapi sedih lagi
Tindak tanduk beliau.
Argh.
Pergi !!
Aku ingin menyendiri.


Nukilan.
10.40am.
17/08/2013
roseshar !

Perasaan aku.

Saat mata bertentang.
Hati aku keliru, sebenarnya.
Saat tangan bersalaman.
Hati aku sayu, sebenarnya.
Saat pipi bersentuhan.
Hti aku pilu, sebenarnya.
Oh.
Mengapakah?
Sadari hati kian menjauh.
Buatkan aku tasadar.
Mengelamun entah ke mana.
Dinodai sang khayalan.
Pergi mana wajah sikap yang dulu.
Mengamit memori.
Berterbangan mengelilingi kenangan.
Itulah SAHABAT aku.
Mogamoga tiada perubahan.
Biarkan ianya hanya
Satu mainan perasaan.


Nukilan.
10.29am
17/08/2013
roseshar !

Abah.

Abah.
Panggilan itu.
Jarang ku sebut.
Terasa di hati.
Tapi apakan daya.
Abah.
Ingin ku sebut.
Pada harihari.
Tapi aku hanya dalam khayalan.
Lalu aku perhatikan.
Gelagat abahabah
Di luar sana.
Tinbul.
Ya timbul.
Satu perasaan halus.
Cemburu.
Namun.
Aku redha.
Ya redha.

Penat.

Penat !
Letih !
Layan kan perasaan.
Makan hati.
Makan jantung.
Harihari makan.
Bertambah parah.
Arghh.
Tuhan.
Tabahkan hati aku.
Kejab.


Nukilan.
12.29pm
20/08/2013
roseshar !

Kesian.

Sukar untuk berbicara.
Jauh sekali meluahkan.
Mulut ibarat di kunci.
Tanpa ada belas kasihan.
Kesian.
Jiwa memberontak.
Raga bergelora.
Menikam sanubari
Yang kian terluka.
Dan waktu itu
Mata memainkan peranan.
Menyelami drama
Yang entah kesudahannya.
Unik.
Tapi kemek.
Kesian.
Selami hati.
Kenali jiwa.


Nukilan.
10.20am
04/08/2013
roseshar !

Mimpi itu.

Saat rindu bertandang.
Aku jadi keliru.
Manakah ingin ku lakukan.
Ahh.
Mengapakah hati gusar mengenangkan.
Yang entah khabar berita nya.
Mampukah ia bertahan.
Terbawa hingga mimpi.
Yang ingin di dekati
Tetapi.
Jauh melangkah pergi.
Sayu.
Khabar kan berita buatku sahabat.
Mungkin aku terlalu mengingatimu
Walau apa jua keadaan.
Agar kau sihat sejahtera.
Itu doaku.


Nukilan.
07.00am
25/08/2013
roseshar !

Celaru

Hati.
Sukarnya untuk di jangka.
Takesah sesapa punya hati.
Kaitkan dengan perasaan.
Rumit.
Fikiran sentiasa berkejaran.
Entah ke mana hala tujunya.
Arghh.
Tolong lah hati.
Diamdiam di situ.
Aku serabut.
Aku keliru.
Jangan bikin aku melalut.
Tuhan.
Aku mohon, tuhan.
Aku inginkan ketenangan.
Aku merayu.



Nukilan.
09.27pm
24/08/2013
roseshar !

Dingin

Dingin pepagi.
Nyaman nya.
Ku harapkan 
Segala parut yang ada
Berterbangan pergi.
Sahut sahut lah
Alunan rindu, sayang
Mengelilingi diri.
Agar hati selalu sehat.
Agar hati selalu gembira.
Itu yang penting.


Nukilan.
06.55am
21/08/2013

Sang hati

Penulis?
Bukan !
Pencerita?
Bukan !
Aku jugak bukan penyajak !
Aku....
Aku penglipur lara
Sang hati....
Ya.
Hanya untuk sang hati.
Bila sang hati dalam apa jua keadaan.
Aku tenteramkan dia.
Aku peluk dia.
Pilu jugak kekadang.
Ramai je parut yang ada di dada.
Bertambah ramai lagi kecalaran yang ada.
Tapi tapi tapi.
Sang hati diam membisu.
Diam itu buat aku keliru !
Diam itu buat aku gelisah.
Bila aku bersamanya,
Sang hati tersenyum lebar.
Bagai tiada duka lara lagi.
Lama.
Aku menatap.
Tuhan.
KAU sembuhkan lah parut parut
Di dada sang hati.
Perlekaskanlah.
Percepatkanlaj.
Agar sang hati
Tersenyum selalu...

Nukilan.
roseshar !
24/07/2013
12.15pm


Makan Dalam

Makan hati.
Hahaha.
Ketawa penutup duka.
Aku ngerti.
Diamkan untuk hiburkan hati sendiri.
Bilamana hati tersentuh.
Airmata pun jatuh.
Sadis ! 
Kesat airmata itu.
Lajulaju.
Jangan biarkan yang lain sedari.
Bahawa kehadiran airmata di pipi.
Kesatlah.
Laplah.
Sayang hati.
Cinta sama hati.
Walaupun terluka.
Jangan pernah di ungkit.
Senyumlah semampu boleh.
Senyum lah walaupun terluka.

Nukilan.
roseshar !
08.02pm
16/08/2013


Hati yang Jauh



Bila mana.
Hati terasa dek kelakuan.
Remuk.
Kemek.
Itu yang aku rasa.
Lalu lalang singgahsana.
Tanpa pedulikan rasa hati.
Parah, bukan?
Akan ku culik hati.
Bawak jauh nun di sana.
Biarkan aku.
Biarkan.
Jangan datang hampiri aku ketika ini.
Tiada siapa mengerti.
Perasaan aku.
Tiada siapa.
Bila terpandang bayangan sendiri.
Titisan jernih mengalir.
Beralunkan terkilan di hati.
Sabar.
Sabar itu senjata hati.

Nukilan
07.54pm
16/08/2013

Harapan aku.

Harapan.
Tetap harapan.
Tapi aku tahu.
Tinggi harapan itu
Musnahkan diri.
Lalu.
Aku turunkan harapan aku.
Bangkitkan pun tidak.
Langutkan pun tidak.
Jauh sama sekali.
Ahh.
Pujukan diri sendiri terlalu sukar.
Tiada siapa yang berjaya.
Maafkan aku.
Betul.
Maafkan.

Nukilan.
16/08/2013
roseshar !


Encik rindu

Hati aku tu..
Aku tahu laa.
Melimpah ruah sudah.
Tak mampu aku tadahi 
Alunan rindu yang deras melintasi.
Ahh.
Kebanjiran.
Ingin aku kirimkan.
Nun berjuta batu di sana.
Hanya padamu seorang.
Oh. Lupa.
Kirimkan salam rindu yang menggunung.
Posmen !
Jangan kau kianati sebelum 
Salam aku bersahut !
Ingat.

Nukilan.
roseshar !
04/08/2013
09.45am