embun dinihari..

embun dinihari..
LaKarkaN hIdUpMu dGn wArNa wArNi kEhDuPaN.....


Get your own Digital Clock


Get a Glitter Calendar Click Here
bahagia tidak selalu berpanjangan

permata yang diCARI

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu







t.i.t.i.s.a.n.e.m.b.u.n


awak di MANA?

Awak di mana?? Puas saya mencari ..

“ Salah tak kalau aku cakap aku rindu dia? Tak pun tak bole nak cakap macam tu?
Dia bz la sekarang ni, aku pun faham. Tapi dia diam aja kan.
Diam seribu bahasa.  Macam mana aku nak buat?
Dia ingat aku tak?  Diam je dia. tahun depan dia dah tak dak di sini.
Sedih nya macam tu. Bertemu pastu berpisah. Lumrah perkenalan.
Semoga dia bahagia sekarang. Kalaupun jauh beribu batu nanti, jaga diri berbaek.”

Nanti awak dah jauh dari saya, senang ja awak nak ingat saya.
Walaupun memang perkara tu tak pasti awak ingatkan saya tapi tak pa.
Andai nya tetiba ja ingat saya, lihat la awan pada waktu malam.
Awak lihat lah bintang, bintang yang paling malap tau.
Kenapa malap? Sebab saya malu untuk bersua dan keluar.
Saya tak hebat seperti lain2 .
Cukup bagi saya kalau awak ingat saya..

awak nak tahu tak ?
"kerana ALLAH saya cinta awak"

=’)





t.i.t.i.s.a.n.e.m.b.u.n

IMAM dalam setiap SOLATku

Mentari menyinari alam hati
Yang kembang mekar oleh sang cinta kini.
Cinta nan suci ini
Hadir tanpa ku sedari
Membelai hati yang sepi.
Perasaan ku kini
Hanya diam sepi
Mendengar kata-kata hati
Yang sedang berbicara kecil
Tentang hati dan jiwa ini.
Alunan rinduku mengalunkan rentak,
Mengikut irama hati yang sepi.
Buka lah ruang untukku
Menjalani dan memahami setiap isi hatimu
Izinkan aku untuk mengikat hatiku dalam jiwamu.
Nakal ku menyulam jenaka
Agar terbit senyuman di bibirmu
Mengembang bunga di dalam hatiku.
Andai aku tahu tentang hati ini
Akan ku bentang luas hati ini
Untuk dirimu
Agar menjadi IMAM dalam setiap SOLATku.

amin..
~insya ALLAH ~



t.i.t.i.s.a.n.e.m.b.u.n.

cahaya keREDHAan

Jauh perjalanan ku
Meniti liku-liku kehidupan
Kekadang hampir ku tersungkur
Di pertengahan.
Aku mengharapkan tangan
Yang menggapai,
Membawa aku pergi
Serta memimpin aku
Ke dalam CAHAYA KEREDAAN MU.



Cinta Adalah Santapan JIWA

:: Hati keluh resah memikirkan masa silam yang menghantui. Betul. Orang cakap, lelaki baik untuk perempuan yang baik. Tetapi adakah lelaki yang baik itu, tidak pernah melakukan kesalahan? Oh, tidak. Buntu buntu buntu dan terus buntu untuk aku memikirkan nya ::

Begitu la keluhan yang sering aku dengar tentang ini. Cinta , cinta dan cinta. setiap sudut hati seseorang itu pastinya ingin diberi perhatian. Bagi aku "cinta adalah SANTAPAN JIWA" . Jiwa kita juga memerlukan santapan tapi bukan lah makanan ye. Cinta itu suci. Jangan kotori ia dengan kenangan silam kita.
 
Jiwa tanpa cinta ibarat rumah yang kosong. walau kedengaran seperti tak logik, tapi bagi sesetengah pendapat macam itu lah. Cinta bersemi apabila dua insan bersatu hati dan terpaut hati. Cinta juga seperti sinar mentari, ia menyinari  tanpa mengharap balasan. Sinaran yang terpancar itu tidak memilih siapa dia untuk ia menyinari tetapi sentiasa memberi kehangatan di hati.

Cinta itu indah. indah itu perlu di lindungi dengan keimanan kita, jangan kita terlalu lalai tentang cinta. tetapi untuk melahirkan cinta itu untuk terus kekal, perlu lah kita usaha, begitu juga pupuk. Betul apa yang disirat kan, jodoh itu ketentuan NYA. Tetapi macam mana kita nak dapatkan hasil kalau kita tidak berusaha dan terus berserah. Selepas berusaha, tawakal lah anda.

“Usaha tangga kejayaan” . usaha lah setakat kemampuan kita. Andai usaha kita itu, di redhai dan di jalan yang benar, InsyaALLAH, ALLAH pasti membantu kita. Niat mahu betul.

Cinta itu seperti bunga-bunga. Ia akan tumbuh di setiap hati yang ingin di mengerti dan mengenal apa itu cinta. yaa, cinta selepas kahwin.  Tidak di nafikan, indahnya cinta selepas kahwin. Tapi kita perlu tahu, Sekarang zaman serba canggih, aku bukan ingin bercakap tetap moden, tetapi bagi aku cinta itu untuk mengenal hati budi seseorang. Tidak terlalu keterlaluan. Asalkan tahu batasan nya.

Bukan semua orang baik. Lelaki mahupun perempuan. Kita juga perlu di ingatkan supaya berhati-hati. Dia akan menjadi peneman hidup kita sepanjang hayat. Maka bagi aku, kenal lah dengan CINTA anda.

Setiap orang ada kefahaman tentang cinta masing-masing. Cinta pada ALLAH, cinta pada NABI, cinta pada IBU BAPA, cinta pada seorang INSAN yang akan bersama kita sepanjang hayat.

Selalu orang salahkan cinta itu. cinta itu tak salah, yang salah diri kita. Andai kita mampu untuk membawa diri, menjaga diri kita, insya-Allah cinta itu bersemi dengan indah.

Ketahui lah, kita sebagai manusia biasa yang sememangnya sering kali melakukan kesalahan pada manusia mahupun ALLAH.  Jangan la sesekali kita menguji seseorang itu, untuk kita mengetahui sejauh mana pengetahuan dia. Andai nya dia tidak mampu untuk meniti apa yang di uji oleh kamu itu, jangan lah kamu membuang dia.

Kelemahan dan kelebihan ada pada setiap insan. Setiap apa yang kekurangan itu, isi la dengan kelebihan apa yang kita ada. Saling melengkapi itu baek. =)

Seandainya aku di landasan yang salah, pimpin la aku ke jalan yang lurus. Bukannya dengan penghinaan. Itu harapan aku.

t.i.t.i.s.a.n.e.m.b.u.n                                          

                                                                         

Hidup adalah cinta
Cinta adalah jiwa
Jiwa adalah nyawa
Nyawa adalah manusia
Kita lahir ke dunia
Kerana cinta
Ibu bapa..
Ibu bapa kita
Kita wujud di dunia
Kerana CINTA TUHAN
Kalau tidak
Hidup x bermakna



S.A.H.A.B.A.T.S.E.L.A.M.A nyaa....






Bukan senang kita nak melupakan sesuatu yang kita lakukan. Hati yang kuat dan kental pun, masih lagi belum mampu untuk melenyapkan segala memori dan kenangan yang lepas.
{aku sayang kau}

Yaa, pergi la awan kelabu, datanglah awan biru kepadaku. Setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan, memberi kesedaran pada diri aku. Walaupun, bukan berlaku pada diri aku, tetapi aku rasa seolah-olah aku merasainya. Sakit.
{aku sayang kau}

Wahai sahabatku, aku tak sekuat kau, aku tak sehebat kau, kau hebat, kau kental. Aku tetap berada di belakang kau, jangan la kau bimbang, andainya untuk aku mempertaruhkan nyawa aku sekali pun, aku sanggup lakukan apa saja untuk kau hanya kerana ALLAH.
{aku sayang kau}

Walaupun bukan dengan wang ringgit aku dapat bantu kau, tapi aku dapat membantu kau dari segi nyawa dan tenaga aku. Aku harap kau sabar menghadapi ujianNYA. Aku kaku, aku kelu. Mengalir mengalir dan terus mengalir  air mataku. Aku akan berusaha untuk menolong kau. Jangan pernah merasakan kau keseorangan.
{aku sayang kau}

Andai itu takdirnya, aku terpaksa lepas kan kau pergi. Aku lepaskan kau pergi bukan aku benci kau, tapi mungkin kau akan dibawa pergi. Jangan pernah anggap kau menyusahkan hidupku, ALLAH pasti bantu hambaNYA. YAKIN lah.
{aku sayang kau}

Satu per satu ujian yang datang, dan aku harap kau mengerti kenapa ujian itu datang kepada kau. Itu kerana ALLAH masih mahu mendengar rintihan doa mu. Berdoa lah, dan terus berdoa. Jangan putus berdoa. ingat tu.
{aku sayang kau}

Sahabatku, izinkan untuk aku menjaga mu walaupun aku tahu singkat masa nya. Dan aku pasti selepas ini, aku tak mampu untuk menjagamu seandainya takdir telah menetapkan kau jauh dari aku.
{aku sayang kau}

Terima kasih sahabat kerana mempercayai aku sehingga ke tahap ini, takkan ku mempersiakan peluang yang ada, biarlah ia menjadi rahsia kita berdua.  Aku tetap menyayangi diri kau, andai kau terbaca entri ini,  izinkan aku untuk memeluk hati mu yang kental itu agar tidak goyah dipanah cabaran.
{aku sayang kau}

Setiap masa, detik dan saat, aku sentiasa mengingati dirimu, keadaan kau, kesihatan kau, jaga la diri kau berbaik. Dalam setiap ujian yang datang, pasti ada hikmahnya. Aku doakan kau sentiasa di bawah perlindunganNYA. Yang penting, jangan lupakan DIA..
{aku sayang kau}

Pelihara lah hati mu dengan IMAN. Pesanan dari ku, yang sentiasa menyayangi dirimu.. takkan pernah aku cuba untuk menjauhi diri mu. Berkawanku dengan diri kau, hanya kerana DIA.

AKU SAYANG KAU

TERIMA KASIH  “S.A.H.A.B.A.T. S.E.L.A.M.A”  NYA

tanya pada PEMILIK hati

Boy :   awak , saya nak gtau kat awak something nieh..
Girl :   yaa?? Apa yaa?? Macam hal penting ja pun.. awak okay..?? J
Boy :   awak… barang saya yang paling berharga hilang, kena curi… L
Girl :   yaa..?? awak ada letak kat mana2 kot, lepas tu awak lupa… awak dah cari ke??
Boy :   puas saya mencari selama nieh, akhir nya saya jumpa sapa yang curi barang saya.Tapi awak, saya takut nak berdepan dengan dia…  L
Girl :   kenapa pula awak nak takut?? Sedang kan dia curi barang awak.. awak nak saya teman awak  berjumpa dengan dia?? Saya bole ja bantu awak.
Boy :   saya x kesah kalau dia curi tapi saya nak dia tahu yang dia curi tu barang saya..
Girl :   awak x kesah barang awak di curi?? Awak cakap barang tu bernilai sangat bagi awak… Barang apa yang dia curi dari awak??
Boy :   tu la, tapi kalau dia yang curi barang tu, saya x kesah sebab nya memang barang tu saya nak bg kat dia pun Cuma tunggu masa ja…
Girl :   ohh, yaa?? Mesti dia tu penting bagi awak kan..
Boy :   ha’aa… penting sgt bg saya… awak x nak tanya ke sapa org tu??
Girl :   ha’aa kan, sapa eyy orang bertuah tu?? Hehehe…
Boy :   awak… ce awak pegang nie, awak lihat laa…
Girl :   nie kan cermin… awak nak saya buat apa dengan cermin nie?? Muka saya comot eyyy???
Boy :   awak lihat laa dengan mata hati awak, orang yang curi barang saya tu, ada pada barang yang awak pegang tu.
Girl :   (bingung)  ??? saya x faham laa awak, kan nie cermin, mesti laa muka orang tu muka saya, awak…
Boy :   yaa… awak laa… (tunduk malu)
Girl :   hahhh?? Saya?? Saya curi apa dari awak?? Saya betul2 x tahu awak, saya ada ambil barang awak tu… mungkin saya tak sengaja…
Boy :   awak curi saya punya……………
Girl :   curi apa awak, awak bgtahu ja kat saya, kalau betul saya ada terambil saya pulangkan  kat awak… saya minta maaf awak…. (T_T)
boy :   (gelisah) eh eh awak, jgn laa sedih mcm nie, okay2… mmmmm, awak dah curi hati saya…
Girl :   haaa..??? (blushing)
Boy :   awak… kenapa awak diam? Awak marah kan saya??
Girl :   (tunduk malu, kaku, diam seribu bahasa) ………
Boy :   awak… saya tahu saya bukan lah seorang mamat jiwang yang sentiasa memberi ayat berbunga tuk si gadis, cukup laa saya ada sekeping hati yang sentiasa berbunga dari  hari ke hari bila teringatkan awak. Saya xdpt nak tunjukkan keikhlasan dan ketulusan hati saya pada awak, sebab keikhlasan ibarat sebutir gula dalam sebalang garam.. opsss terperibahasa pulak.. hehehehe … awak, saya rela hati saya di curi kalau orang tu adalah awak tapi di sini, izinkan saya tuk mengambil hati awak eekk???
Girl :   awak.. hati saya suda ada PEMILIK…
Boy :   ohh… awak, maafkan saya sebab saya tidak pernah tahu awak suda ada seseorang yang memiliki hati awak… :’)
Girl :   hati saya milik DIA(sambil jari menunjuk ke atas) awak… DIA pemilik hati saya untuk selama nya, jika awak ingin memiliki hati saya.. awak minta la pada PEMILIK hati saya, hanya DIA mampu memberikan hati saya pada awak…
Boy :    J    awak, terima kasih kerana sedar kan saya.. saya sentiasa mendoakan, apa yang terbaek untukNYA adalah yang terbaek utk diri saya… saya bersyukur sekiranya DIA memberikan hati awak pada saya… insya-Allah, saya akan menjaga sebaik mungkin dan memimpin awak ke jalanNYA… andai jodoh kita sehingga ke alam perkahwinan, saya mahu awak menjadi ibu yang mampu untuk mendidik anak-anak kita nanti menjadi seorang yang berguna.   J
Girl :   insya-Allah awak… tapi sebelum saya nak jadi permaisuri hati awak, awak kena laa dtg berjumpa ibu bapa saya utk mendapat restu kedua-duanya.. takkan nak kahwin terus kot…     =p
Boy :   amboi awak nie, xkan saya nak bawak lari anak dara orang kahwin kat siam kot.. Insya-Allah, jika x dak aral melintang, minggu depan saya pergi jumpa kedua orangtua awak, mak saya pun da ready lama da tuh… dia sentiasa memberi sokongan kpd saya tuk terus berusaha… mak saya cakap, ‘usaha tangga kejayaan’ lepas usaha kita tawakal… J
Girl :   terima kasih awak (tunduk malu)







Jika sesuatu itu milik kita
Sesulit apapun jalannya
Apapun rintangannya
Pasti akan jadi milik kita
Karna memang untuk kita
Tapi
Jika sesuatu itu
Bukan milik kita
Walaupun mudah jalannya
Walaupun bersusah payah
Kita ingin mendapatkannya
Tidak akan pernah jadi milik kita
Karna memang bukan untuk kita





hAhh... ?? 200.. ??

“Eh eh mana jarum meter nieh, td aku nmpk kat 100..”
Monolog dlm hati.. dgn prsaan nk tw sgt, aku injak la ke depan sikit,
Konon nya nak tgk meter keta sbb tetiba je keta menjadi laju…

Hahhhh..?? 200km/j..!!! jarum rapat ke bawah… (@@)
Gluurrpppp…!! Gila kentang larrhh…
Terdiam aku di situ sambil mengucap x henti2….
Mata aku dgn sepantas kilat ke arah sepupu aku… diam seperti batu…
keras jugak seperti batu.. 
blurrr.... 

Keta seperti main ‘brick game’  ‘A’ dgn speed dia ‘14’
Fes time aku naik ngn sepupu aku yg sorg nieh….
Bawak keta cm nak drift…
Selit sana sini mcm pro..

Aku ingatkan hari tu aku naik 160km/j yg paling laju bg aku laa…
Upanya, 200km/j lagi laju….
Jantungku tetiba aku nampak ada di luar, bersama sama
Mengucap ngn aku….

Akhirnya aku selamat sampai di rumah, kuar2 keta, aku ngn sepupu aku yg pompuan tu...
Lelong, sama2 pening n nak termuntah…
jalan terhuyung hayang....
Kompem, pasnieh aku lebih rela bawak sndiri n g sndiri ke mana2 pun….
(##)



aYaT uNtUk pEdoMaN diRi..


Bukan aku menulis menaip berkaitan dengan hati aku tapi untuk pedoman pada suma yang membaca, ada juga aku kopi copy and paste tapi ada juga ayat tu dari aku sendiri.. apa yang penting sekarang nie, sekali kita jatuh, x bermakna kita selama nya di bawah..
Hidup ibarat roda, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah, namun kita perlu sedar juga di mana kita berada , atas mahupun bawah, jangan lupa kita pada Yang Esa..
Untuk diri ku jua aku tulis taip nie, kalau aku da wat sapa-sapa terasa ka bila baca ni, maap sep siap naa… hehehe… walau x hebat mana ayat aku nie, kira bacaa laa eyy…

Yakinkan lah
“aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu..”



Satu ketika dulu
“bukannya hati ini tak sakit dan bukannya hati ini tak hancur, bukan pula hati ini tak perih, namun hanya kepasrahan yang mengiringi”

Namun aku sedar
“cinta itu seperti crayon, warnailah hidupmu dengan sesukamu dengan pelbagai warna yang akhirnya lukisan kamu itu membawa hasil yang harmoni. Hitam putih pun adalah warna cinta yang indah serta klasik namun abadi”

Sempurna nya jika
“sejuta harapan itu akan terucap pabila saat malam gelap bertaburan dengan cahaya bintang-bintang yang berkelipan. Sejuta cinta akan tercurah saat hati tercurah dengan limpahan kasih sayang”

Kita tahu bahawa
“perasaan memang tak bisa diungkapkan dengan kata-kata, perasaan hanya dapat diungkapkan dari hati ke hati”

Kita juga perlu tahu
“air mata mampu untuk membersihkan hati dari penyakit untuk membenci dan mengajari manusia untuk berbagi penderitaan dengan mereka patah hati”

Ole itu
“beringatlah masa lampau itu sekadar kita tidak lagi mengulangi nya kesilapan masa lalu”


“Rinduku selalu mengalirkan namamu
Namamu selalu detakkan jantungku
Sulit kubendung naluri itu
Selalu begitu, setiap waktu
Tapi, kau tak ingat dan tak tahu”

“engkau…
yang ada di sana, yang dimana
taukah kau jika aku tulis ini
tulis tentangmu, tentang rindumu”


Wawawa… ayat jiwang nieh… wakakaka… x pa , xpa peduli kan ayat jiwang tu, sekadar suka-suka aja… tapi normal la tu, ayat nie aku petik ambil kat mana la x tau… huhuhu…


Tapi ingatlah kata-kata ni

“if you love something let it go, if it comes back to you it’s your, if it doesn’t, it never was”



PinDanG kAsiH sAyAnG ...

Orait orait orait…
Hari ni kedua ramadhan suda… apa pelan aku nak masak hari nie…
Huhu, baca tak tajuk kat atas tu, aku nak masak
“PINDANG KASIH SAYANG”
Wawawawa… mcm sedap kan?? Mmg sedap kalau buat dgn penuh rasa kasih sayang….
Nak buat dengan penuh kasih sayang nie, kena la IKHLAS.. wink wink**
Okay okay, kat sini bior den kongsi sket resepi nie yee…

Bahan-bahan yang diperlukan ialah
1.    Bawang besar  2 ketui (sederhana besar saiz dia ye)
2.    Serai sebatang
3.    Cili hijau 3 biji (patah kan, ikut kepedasan masing-masing)
4.    Kunyit setengah sudu the (ikut korang la nak kuning byk mana)
5.    Garam secukup rasa (jgn rasa time masak lak, kang BATAL posa)
6.    Asam keping or asam gelugur  1 keping
7.    Ikan (byk mana yang nak buh)
8.    HILAL 1 sudu teh (nie perasa yang aku selalu masukkan dlm masakkan)

Oraitzzzz…. Dah siap suma bahan2 nie ke??
Okay, fes sekali korang masukkan bahan-bahan dari number 1 sampai la number 6 den masukkan air, lupa lak nak tulis kat atas td…
So, dia akan jadi macam nie la, seperti dalam gambar nieh…




Okay, dah nampak kan jd mcm mana?? So, letakkan ia di atas api yang sederhana kuat nya.
Jgn la pulak korang buka api sampai nak terbako nyer umah tu eyy….

Pastu korang tunggu la sampai laa masakkan tadi tu mendidih… 

Lepas tu, korang leh masukkan bahan yang num 8 dulu… HILAL…
Dijamin halal… hehe… bagi yang x pernah tengok tu, cenggini la rupe nye… masukkan 1 sudu teh je tau, jangan lebih- lebih lak..






Okay?? Dah tu, biar kan ia sebentar.. rehatkan minda, tenang kan pikiran….
Hahahaha… sudah??? Sudah amik aroma yang bergelora usus perut??
Kalau suda, masukkan pula, INI…. Jeng jeng jeng…..


ini IKAN... tahu x ini ape?? hehehe....
Hahahah… x da benda nie, x jd la kita punya PINDANG KASIH SAYANG nie…
Lepas tu, biar kan ia mendidih… selepas mendidih, bole la letakkan dalam mangkuk untuk berbuka nanti…


INI DIA…. !!!



Perghhhh…. Makanan kegemaran aku nie… hehehe…
Selamat mencuba ya… kalau x jadi, buat laa lagi ye…
dan SELAMAT BERBUKA !!!!
Daaa..!!!!!!


AboUt DD Jaaa.... (^^)



"jum la kak, kita kuar before depa balik.."
aku pun ngn rasa malas nya cakap, "k, pas makan, mayang ngan mandi kita kuar"
wewewewe..... entri aku kali nie nak cakap pasal DD
tau tak sapa DD??
DD a.k.a Diana Danielle laa..

tempat yang aku nak tuju ni, kat mana lagi kalau bukan AS Mall..
bukan apa, aku gi situ pun sebab aku ingat tak nak laa jem-jem nie..
sampai ja kat sana, pelik pulak awat nya ramai sangat nih, penuh parking nieh
masuk ja dalam Mall tu, ada DJ tu duk bising-bising apa pun tak tau...
nak promote kecantikkan kot... sebab  aku ada nampk perkataan NANO...
ingatkan lagu AWAN NANO ka apa ka.....

wakakakaka..... abih tu, aku pun ronda-ronda laaa......
time nak balik tu, aku nampak ada orang duk kerumun kat situ, 
aku pun pi laa kat situ, tengok2 eh eh DD laa.... jum-jum kejap g sana....
akhirnya aku tengok gak qupa dia secara depan-depan nieh...

"wow, cantik!!" 
tu ja yang mampu aku cakap kan....
pa lagi, DJ tu cakap, sapa yang nak mai tangkap gambaq ngan DD nieh, mai naik atas pentas....
hahahahah....

aku??? aku tunggu apa lagi.... moh ler kiter......
dengan ngan tak malu nya, aku pun qabat laaa naik atas pentas tu....
nak tengok gambaq aku ngn DD takk???
tunggu naa, aku upload kat bawah nieh....








hah nie laa dia, DD … cantik kan??? Huhuhu
okay lah aku cukup dulu setakat nieh…
apa2 pun enjoy k…. !!!!

menyulam kasih yang bertepi

Kasih yang datang tanpa ku pinta
Meniti menuju ke pintu hatiku
Agar dapat aku menyulam rasa rindu
Yang mekar bersemi kukuh padu
Kehadiran cinta nan suci tulus dari ku
Pabila saat ku menatap wajah mu
Saat aku mendengar suara mu
Saat aku merasa keprihatinan mu
Lantas meneliti setiap santun budi mu
Waktu kita mula bertemu dahulu

Kasih,
Bertemu kita kerana ALLAH
Yang menjanjikan satu titik permulaan
Dengan menyulam bahtera kasih yang terlindung
Tanpa merasa luluh dan resah
Seperti mana berkibar nya bahtera cinta
Sutra maya kasih sejati


Kasih,
Suatu ketika dahulu
Pernah diriku kecundang penuh kekecewaan
Dalam arus cinta nan rapuh
Namun kini hatiku mekar kembali
dengan seteguh hati si pujangga cinta
yang hadirnya diri mu menyinari hatiku
suatu ketika nanti,  INSYAALLAH…

nukilan,
penaTerluka (^_^)
17 jun 2011 :: 6.47am ::




Mengungkai Hati yang Tak Pasti

Saat masa berlalu,

Kau masih dalam dilema

Walau kau tahu masa itu emas

Tapi kau biarkan ia lemas dalam lamunan mu

Aku yang di sini

Ternanti nanti akan kehadiran bayangan mu

Yang akhirnya jalan ku nanti itu

Tiada kunjung tiba

Aku bagai batu di tepi jalan

Yang bisa melihat kelibat kau yang hadir

Tanpa kau menoleh ke arah aku sekali pun

Rasa diri tidak berguna dalam hidup mu

Andai kau tahu betapa aku mencintai mu

Akan ku hamparkan segulung hati untuk mu

Agar kau tahu aku tidak pernah melupakan diri mu

Hanya waktu bermain main dengan diriku

Setiap detik akan ku kira untuk kunjungan mesej mu

Namun aku hampa dan aku kecewa

Kau tidak pernah ingin memulakan tali perhubungan kita

Andai kau tahu isi hatiku

Ku mohon agar kau juga membuka pintu hati mu

Untuk aku mengisi ruang kosong di puncak hati mu