embun dinihari..

embun dinihari..
LaKarkaN hIdUpMu dGn wArNa wArNi kEhDuPaN.....


Get your own Digital Clock


Get a Glitter Calendar Click Here
bahagia tidak selalu berpanjangan

permata yang diCARI

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu







t.i.t.i.s.a.n.e.m.b.u.n


awak di MANA?

Awak di mana?? Puas saya mencari ..

“ Salah tak kalau aku cakap aku rindu dia? Tak pun tak bole nak cakap macam tu?
Dia bz la sekarang ni, aku pun faham. Tapi dia diam aja kan.
Diam seribu bahasa.  Macam mana aku nak buat?
Dia ingat aku tak?  Diam je dia. tahun depan dia dah tak dak di sini.
Sedih nya macam tu. Bertemu pastu berpisah. Lumrah perkenalan.
Semoga dia bahagia sekarang. Kalaupun jauh beribu batu nanti, jaga diri berbaek.”

Nanti awak dah jauh dari saya, senang ja awak nak ingat saya.
Walaupun memang perkara tu tak pasti awak ingatkan saya tapi tak pa.
Andai nya tetiba ja ingat saya, lihat la awan pada waktu malam.
Awak lihat lah bintang, bintang yang paling malap tau.
Kenapa malap? Sebab saya malu untuk bersua dan keluar.
Saya tak hebat seperti lain2 .
Cukup bagi saya kalau awak ingat saya..

awak nak tahu tak ?
"kerana ALLAH saya cinta awak"

=’)





t.i.t.i.s.a.n.e.m.b.u.n

IMAM dalam setiap SOLATku

Mentari menyinari alam hati
Yang kembang mekar oleh sang cinta kini.
Cinta nan suci ini
Hadir tanpa ku sedari
Membelai hati yang sepi.
Perasaan ku kini
Hanya diam sepi
Mendengar kata-kata hati
Yang sedang berbicara kecil
Tentang hati dan jiwa ini.
Alunan rinduku mengalunkan rentak,
Mengikut irama hati yang sepi.
Buka lah ruang untukku
Menjalani dan memahami setiap isi hatimu
Izinkan aku untuk mengikat hatiku dalam jiwamu.
Nakal ku menyulam jenaka
Agar terbit senyuman di bibirmu
Mengembang bunga di dalam hatiku.
Andai aku tahu tentang hati ini
Akan ku bentang luas hati ini
Untuk dirimu
Agar menjadi IMAM dalam setiap SOLATku.

amin..
~insya ALLAH ~



t.i.t.i.s.a.n.e.m.b.u.n.

cahaya keREDHAan

Jauh perjalanan ku
Meniti liku-liku kehidupan
Kekadang hampir ku tersungkur
Di pertengahan.
Aku mengharapkan tangan
Yang menggapai,
Membawa aku pergi
Serta memimpin aku
Ke dalam CAHAYA KEREDAAN MU.



Cinta Adalah Santapan JIWA

:: Hati keluh resah memikirkan masa silam yang menghantui. Betul. Orang cakap, lelaki baik untuk perempuan yang baik. Tetapi adakah lelaki yang baik itu, tidak pernah melakukan kesalahan? Oh, tidak. Buntu buntu buntu dan terus buntu untuk aku memikirkan nya ::

Begitu la keluhan yang sering aku dengar tentang ini. Cinta , cinta dan cinta. setiap sudut hati seseorang itu pastinya ingin diberi perhatian. Bagi aku "cinta adalah SANTAPAN JIWA" . Jiwa kita juga memerlukan santapan tapi bukan lah makanan ye. Cinta itu suci. Jangan kotori ia dengan kenangan silam kita.
 
Jiwa tanpa cinta ibarat rumah yang kosong. walau kedengaran seperti tak logik, tapi bagi sesetengah pendapat macam itu lah. Cinta bersemi apabila dua insan bersatu hati dan terpaut hati. Cinta juga seperti sinar mentari, ia menyinari  tanpa mengharap balasan. Sinaran yang terpancar itu tidak memilih siapa dia untuk ia menyinari tetapi sentiasa memberi kehangatan di hati.

Cinta itu indah. indah itu perlu di lindungi dengan keimanan kita, jangan kita terlalu lalai tentang cinta. tetapi untuk melahirkan cinta itu untuk terus kekal, perlu lah kita usaha, begitu juga pupuk. Betul apa yang disirat kan, jodoh itu ketentuan NYA. Tetapi macam mana kita nak dapatkan hasil kalau kita tidak berusaha dan terus berserah. Selepas berusaha, tawakal lah anda.

“Usaha tangga kejayaan” . usaha lah setakat kemampuan kita. Andai usaha kita itu, di redhai dan di jalan yang benar, InsyaALLAH, ALLAH pasti membantu kita. Niat mahu betul.

Cinta itu seperti bunga-bunga. Ia akan tumbuh di setiap hati yang ingin di mengerti dan mengenal apa itu cinta. yaa, cinta selepas kahwin.  Tidak di nafikan, indahnya cinta selepas kahwin. Tapi kita perlu tahu, Sekarang zaman serba canggih, aku bukan ingin bercakap tetap moden, tetapi bagi aku cinta itu untuk mengenal hati budi seseorang. Tidak terlalu keterlaluan. Asalkan tahu batasan nya.

Bukan semua orang baik. Lelaki mahupun perempuan. Kita juga perlu di ingatkan supaya berhati-hati. Dia akan menjadi peneman hidup kita sepanjang hayat. Maka bagi aku, kenal lah dengan CINTA anda.

Setiap orang ada kefahaman tentang cinta masing-masing. Cinta pada ALLAH, cinta pada NABI, cinta pada IBU BAPA, cinta pada seorang INSAN yang akan bersama kita sepanjang hayat.

Selalu orang salahkan cinta itu. cinta itu tak salah, yang salah diri kita. Andai kita mampu untuk membawa diri, menjaga diri kita, insya-Allah cinta itu bersemi dengan indah.

Ketahui lah, kita sebagai manusia biasa yang sememangnya sering kali melakukan kesalahan pada manusia mahupun ALLAH.  Jangan la sesekali kita menguji seseorang itu, untuk kita mengetahui sejauh mana pengetahuan dia. Andai nya dia tidak mampu untuk meniti apa yang di uji oleh kamu itu, jangan lah kamu membuang dia.

Kelemahan dan kelebihan ada pada setiap insan. Setiap apa yang kekurangan itu, isi la dengan kelebihan apa yang kita ada. Saling melengkapi itu baek. =)

Seandainya aku di landasan yang salah, pimpin la aku ke jalan yang lurus. Bukannya dengan penghinaan. Itu harapan aku.

t.i.t.i.s.a.n.e.m.b.u.n                                          

                                                                         

Hidup adalah cinta
Cinta adalah jiwa
Jiwa adalah nyawa
Nyawa adalah manusia
Kita lahir ke dunia
Kerana cinta
Ibu bapa..
Ibu bapa kita
Kita wujud di dunia
Kerana CINTA TUHAN
Kalau tidak
Hidup x bermakna



S.A.H.A.B.A.T.S.E.L.A.M.A nyaa....






Bukan senang kita nak melupakan sesuatu yang kita lakukan. Hati yang kuat dan kental pun, masih lagi belum mampu untuk melenyapkan segala memori dan kenangan yang lepas.
{aku sayang kau}

Yaa, pergi la awan kelabu, datanglah awan biru kepadaku. Setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan, memberi kesedaran pada diri aku. Walaupun, bukan berlaku pada diri aku, tetapi aku rasa seolah-olah aku merasainya. Sakit.
{aku sayang kau}

Wahai sahabatku, aku tak sekuat kau, aku tak sehebat kau, kau hebat, kau kental. Aku tetap berada di belakang kau, jangan la kau bimbang, andainya untuk aku mempertaruhkan nyawa aku sekali pun, aku sanggup lakukan apa saja untuk kau hanya kerana ALLAH.
{aku sayang kau}

Walaupun bukan dengan wang ringgit aku dapat bantu kau, tapi aku dapat membantu kau dari segi nyawa dan tenaga aku. Aku harap kau sabar menghadapi ujianNYA. Aku kaku, aku kelu. Mengalir mengalir dan terus mengalir  air mataku. Aku akan berusaha untuk menolong kau. Jangan pernah merasakan kau keseorangan.
{aku sayang kau}

Andai itu takdirnya, aku terpaksa lepas kan kau pergi. Aku lepaskan kau pergi bukan aku benci kau, tapi mungkin kau akan dibawa pergi. Jangan pernah anggap kau menyusahkan hidupku, ALLAH pasti bantu hambaNYA. YAKIN lah.
{aku sayang kau}

Satu per satu ujian yang datang, dan aku harap kau mengerti kenapa ujian itu datang kepada kau. Itu kerana ALLAH masih mahu mendengar rintihan doa mu. Berdoa lah, dan terus berdoa. Jangan putus berdoa. ingat tu.
{aku sayang kau}

Sahabatku, izinkan untuk aku menjaga mu walaupun aku tahu singkat masa nya. Dan aku pasti selepas ini, aku tak mampu untuk menjagamu seandainya takdir telah menetapkan kau jauh dari aku.
{aku sayang kau}

Terima kasih sahabat kerana mempercayai aku sehingga ke tahap ini, takkan ku mempersiakan peluang yang ada, biarlah ia menjadi rahsia kita berdua.  Aku tetap menyayangi diri kau, andai kau terbaca entri ini,  izinkan aku untuk memeluk hati mu yang kental itu agar tidak goyah dipanah cabaran.
{aku sayang kau}

Setiap masa, detik dan saat, aku sentiasa mengingati dirimu, keadaan kau, kesihatan kau, jaga la diri kau berbaik. Dalam setiap ujian yang datang, pasti ada hikmahnya. Aku doakan kau sentiasa di bawah perlindunganNYA. Yang penting, jangan lupakan DIA..
{aku sayang kau}

Pelihara lah hati mu dengan IMAN. Pesanan dari ku, yang sentiasa menyayangi dirimu.. takkan pernah aku cuba untuk menjauhi diri mu. Berkawanku dengan diri kau, hanya kerana DIA.

AKU SAYANG KAU

TERIMA KASIH  “S.A.H.A.B.A.T. S.E.L.A.M.A”  NYA

tanya pada PEMILIK hati

Boy :   awak , saya nak gtau kat awak something nieh..
Girl :   yaa?? Apa yaa?? Macam hal penting ja pun.. awak okay..?? J
Boy :   awak… barang saya yang paling berharga hilang, kena curi… L
Girl :   yaa..?? awak ada letak kat mana2 kot, lepas tu awak lupa… awak dah cari ke??
Boy :   puas saya mencari selama nieh, akhir nya saya jumpa sapa yang curi barang saya.Tapi awak, saya takut nak berdepan dengan dia…  L
Girl :   kenapa pula awak nak takut?? Sedang kan dia curi barang awak.. awak nak saya teman awak  berjumpa dengan dia?? Saya bole ja bantu awak.
Boy :   saya x kesah kalau dia curi tapi saya nak dia tahu yang dia curi tu barang saya..
Girl :   awak x kesah barang awak di curi?? Awak cakap barang tu bernilai sangat bagi awak… Barang apa yang dia curi dari awak??
Boy :   tu la, tapi kalau dia yang curi barang tu, saya x kesah sebab nya memang barang tu saya nak bg kat dia pun Cuma tunggu masa ja…
Girl :   ohh, yaa?? Mesti dia tu penting bagi awak kan..
Boy :   ha’aa… penting sgt bg saya… awak x nak tanya ke sapa org tu??
Girl :   ha’aa kan, sapa eyy orang bertuah tu?? Hehehe…
Boy :   awak… ce awak pegang nie, awak lihat laa…
Girl :   nie kan cermin… awak nak saya buat apa dengan cermin nie?? Muka saya comot eyyy???
Boy :   awak lihat laa dengan mata hati awak, orang yang curi barang saya tu, ada pada barang yang awak pegang tu.
Girl :   (bingung)  ??? saya x faham laa awak, kan nie cermin, mesti laa muka orang tu muka saya, awak…
Boy :   yaa… awak laa… (tunduk malu)
Girl :   hahhh?? Saya?? Saya curi apa dari awak?? Saya betul2 x tahu awak, saya ada ambil barang awak tu… mungkin saya tak sengaja…
Boy :   awak curi saya punya……………
Girl :   curi apa awak, awak bgtahu ja kat saya, kalau betul saya ada terambil saya pulangkan  kat awak… saya minta maaf awak…. (T_T)
boy :   (gelisah) eh eh awak, jgn laa sedih mcm nie, okay2… mmmmm, awak dah curi hati saya…
Girl :   haaa..??? (blushing)
Boy :   awak… kenapa awak diam? Awak marah kan saya??
Girl :   (tunduk malu, kaku, diam seribu bahasa) ………
Boy :   awak… saya tahu saya bukan lah seorang mamat jiwang yang sentiasa memberi ayat berbunga tuk si gadis, cukup laa saya ada sekeping hati yang sentiasa berbunga dari  hari ke hari bila teringatkan awak. Saya xdpt nak tunjukkan keikhlasan dan ketulusan hati saya pada awak, sebab keikhlasan ibarat sebutir gula dalam sebalang garam.. opsss terperibahasa pulak.. hehehehe … awak, saya rela hati saya di curi kalau orang tu adalah awak tapi di sini, izinkan saya tuk mengambil hati awak eekk???
Girl :   awak.. hati saya suda ada PEMILIK…
Boy :   ohh… awak, maafkan saya sebab saya tidak pernah tahu awak suda ada seseorang yang memiliki hati awak… :’)
Girl :   hati saya milik DIA(sambil jari menunjuk ke atas) awak… DIA pemilik hati saya untuk selama nya, jika awak ingin memiliki hati saya.. awak minta la pada PEMILIK hati saya, hanya DIA mampu memberikan hati saya pada awak…
Boy :    J    awak, terima kasih kerana sedar kan saya.. saya sentiasa mendoakan, apa yang terbaek untukNYA adalah yang terbaek utk diri saya… saya bersyukur sekiranya DIA memberikan hati awak pada saya… insya-Allah, saya akan menjaga sebaik mungkin dan memimpin awak ke jalanNYA… andai jodoh kita sehingga ke alam perkahwinan, saya mahu awak menjadi ibu yang mampu untuk mendidik anak-anak kita nanti menjadi seorang yang berguna.   J
Girl :   insya-Allah awak… tapi sebelum saya nak jadi permaisuri hati awak, awak kena laa dtg berjumpa ibu bapa saya utk mendapat restu kedua-duanya.. takkan nak kahwin terus kot…     =p
Boy :   amboi awak nie, xkan saya nak bawak lari anak dara orang kahwin kat siam kot.. Insya-Allah, jika x dak aral melintang, minggu depan saya pergi jumpa kedua orangtua awak, mak saya pun da ready lama da tuh… dia sentiasa memberi sokongan kpd saya tuk terus berusaha… mak saya cakap, ‘usaha tangga kejayaan’ lepas usaha kita tawakal… J
Girl :   terima kasih awak (tunduk malu)







Jika sesuatu itu milik kita
Sesulit apapun jalannya
Apapun rintangannya
Pasti akan jadi milik kita
Karna memang untuk kita
Tapi
Jika sesuatu itu
Bukan milik kita
Walaupun mudah jalannya
Walaupun bersusah payah
Kita ingin mendapatkannya
Tidak akan pernah jadi milik kita
Karna memang bukan untuk kita





hAhh... ?? 200.. ??

“Eh eh mana jarum meter nieh, td aku nmpk kat 100..”
Monolog dlm hati.. dgn prsaan nk tw sgt, aku injak la ke depan sikit,
Konon nya nak tgk meter keta sbb tetiba je keta menjadi laju…

Hahhhh..?? 200km/j..!!! jarum rapat ke bawah… (@@)
Gluurrpppp…!! Gila kentang larrhh…
Terdiam aku di situ sambil mengucap x henti2….
Mata aku dgn sepantas kilat ke arah sepupu aku… diam seperti batu…
keras jugak seperti batu.. 
blurrr.... 

Keta seperti main ‘brick game’  ‘A’ dgn speed dia ‘14’
Fes time aku naik ngn sepupu aku yg sorg nieh….
Bawak keta cm nak drift…
Selit sana sini mcm pro..

Aku ingatkan hari tu aku naik 160km/j yg paling laju bg aku laa…
Upanya, 200km/j lagi laju….
Jantungku tetiba aku nampak ada di luar, bersama sama
Mengucap ngn aku….

Akhirnya aku selamat sampai di rumah, kuar2 keta, aku ngn sepupu aku yg pompuan tu...
Lelong, sama2 pening n nak termuntah…
jalan terhuyung hayang....
Kompem, pasnieh aku lebih rela bawak sndiri n g sndiri ke mana2 pun….
(##)