Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat
Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.
Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan
Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali
Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati kehidupan
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.
kata-kata dari bibir penuh kepalsuan...
ReplyDeletekata-kata dari hati penuh kepahitan...
bilakah kata-kata kebenaran itu diketahui benarnya kata-kata
bermula perkataan dan berakhirnya kata juga
satu kata seribu pengertian tak terhingga..
jika kata itu adalah permulaan cinta
apakah bahgia di dunia
jika hati itu dibaluti kata-kata cinta
apakah makna seribu pengorbanan
kata-kata hanyalah perkataan dari perilaku bibir sahaja..
tiada erti jika tiada hati..
tiada...
waaa... pandai bermadah... sori yaa, baru perasan ada komen di sini...
ReplyDelete