embun dinihari..

embun dinihari..
LaKarkaN hIdUpMu dGn wArNa wArNi kEhDuPaN.....


Get your own Digital Clock


Get a Glitter Calendar Click Here
bahagia tidak selalu berpanjangan

Shampoo, Sabun dan Ubat Gigi Baba

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

“ Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya.”



Ikatan Persahabatan

Telah lama
Kau dan aku
Mengenali sesama kita
Sekian lama juga
Kita berkongsi rasa
Sudah lama juga
Silih berganti datangnya rasa
Namun
Masihkah serupa?
Masihkah sama?
Masihkah aku sebagai sahabatmu?

Aku akui
Aku pernah melukakan hatimu
Atas desakan di luar sedarku
Tapi
Adakah kau benar-benar memaafkanku
Dan
Masihkah kau menerima aku
Sebagai seorang yang dekat denganmu?
Sebagai insan bernama sahabat?

Sahabat
Maafkan aku
Aku tahu
Diri ini begitu jahil
Dalam menilai erti persahabatan
Teman
Ampuni aku
Kerana telah memperlakukan dirimu
Seburuk itu

Walau pernah ku dengari dulu
Kau memaafkan aku
Namun aku tahu
Jauh di lubuk hatimu
Masih ada luka
Masih ada kecewa
Kerana aku
Yang pernah bergelar
Teman rapatmu
Talah mengkhianati
Ikatan persahabatan ini

Sahabatku
Dari butir-butir air mata dipipimu
Kini aku mengerti
Kini aku fahami
Kau begitu menyayangi
Ikatan persahabatan ini
Maafkanlah diri ini
Yang pernah menodai
Ikatan suci
Persahabatan kita
Suatu ketika dulu
Maafkan aku
Sesungguhnya
Didalam hatiku
Aku menyayangimu
Aku menghormatimu
Kaulah sahabat karibku
Masih sama
Seperti dulu
Maafkanlah diriku…
Ampunilah dosaku…

Buat rosnah_atieya(U_U)embun dinihari_1:00am_ahad_26Julai’09





Sebuah perjalanan Hidup

Di saat itu
Aku dibawa ke mana-mana sahaja
Walau letih dan sakit
Dia tetap membawaku bersama-sama
Kerna ia adalah amanat-Nya

Apabila aku mula melihat dunia ini
Aku di iqamatkan
Sungguh syahdu alunan itu
Dengan ini aku telah menjadi hak-Nya

Di waktu ini
Aku diberi segalanya
Semuanya cukup sempurna

Kini aku semakin membesar
Tiada lagi kenangan lalu
Yang tinggal hanyalah memori
Memori yang sukar untuk dihapuskan

Pabila aku meniti usia dewasa ini
Aku makin mengerti erti hidup
Tiada apa yang kekal
Yang tetap kekal hanyalah Dia

Kini aku menghitung hari
Menunggu seruan-Nya
Entah esok atau lusa
Yang pasti aku akan tetap menemui-Nya



bAyaNgaNkU yAnG teRaKHir

berakhir suda penantian ku selama ini, aku suda tidak mampu lagi utk berharap pd yg x sudi menerima kehadiran diri ini... andai diriku pergi jauh dri hidupmu, aku pohon, kau berbahagia n berjmpa dgn seseorang yg mampu buatkan dikau bahagia... mgkin diriku tidak terbaik utk diri kau yg sememangnya diriku respect... tp semakin hari aku melihat kau jauh dri ku, terasa pilu dan seksa untuk diriku menjalani kehidupan... andai kita ada jodoh, akan ku pohon kan berkekalan sehingga akhir hayat...


mgkin dirimu, senang dgn ketidakhadiran diriku ini, aku akan cuba untuk bertahan selagi yg mampu.. walaupun, jiwa dan batin ku amat la terseksa... tp aku akan berusaha utk ke hadapan.. terima kasih kerana bg aku peluang utk mengenali hatimu walaupun seketika dan apa yg penting, dirimu tetap kekal di hati ku wlaupun kau tidak tahu langsung hati dan perasaan aku terhadap mu... 


pertemuan kita tidak akan selalunya berterusan memandangkan masa yang kita akan lalui utk teruskan perjuangan hanya seketika.. baik utk dirimu, baik bg aku... mksd nya andai kau tidak mahu menerima aku hadir dalam hidupmu, berikan aku jawapan, jgn biarkan aku menunggu jawapan yg x pasti... aku hanya insan yg hanya menagih kasih sayang dan simpati dari mu saja... mgkin aku tidak layak utk diri kau yang serba sempurna di mata...


andai kau tidak mampu untuk menerima aku seadanya, aku pasrah, aku tidak akan sesekali untuk memaksa diri kau, menerima aku hanya dengan hati yg kesian, terima lah aku dgn hati yg terbuka dan ikhlas menerima cinta ku.. walaupun menunggu itu satu penyeksaan bg diriku, tp apakan daya, hanya dirimu saja yang mampu membuat keputusan utk dirimu.


andai ada hari esok, aku pinta utk diri kau mengingati diriku seperti mana diriku mengingati dirimu tanpa sesaat pun melupakan dirmu.. andai kau tahu....
dan dari itu lah, aku sangat mencintai dirimu hanya kerana ALLAH....
amin....

JiWakU yAnG KoSoNg

entah kenapa diri ini terasa begitu kosong sekali, tnpa punyai rasa apa2.. sedih rasa hidup ini bila orang yang kita sayang, x tahu apa yg di hati kita, sampai bila pun, aku ttap menunggu walaupun aku tahu, menunggu itu satu penyeksaan... biarlah kau ingin menyeksa diriku ini, aku dah x kesah, ape yg mampu aku katakan, aku kecewa dgn sikap nya....

walaupun kau x pernah mengerti ape kehendak perempuan, aku yakin, dan aku berdoa semuga 1 hari nnt, kau tahu apa keperluan seorang perempuan... bkn aku pinta untuk di manja tp sekadar untuk menghargai diriku... ujian yang dtg menimpa diri ini, mmg agak berat tuk jiwa ku, andai ku mohon bukak pintu hati nya utk aku, terima la aku seadaanya...

jgn hnya nnt, kerana satu kelemahan kau membnci diri ku.. aku hnya insan biasa yang ada kelemahan dan kelebihan itu, pasti ..!! berani kan diri kau, dgn berbuat apa di luar jngkaan ku, ingin sekali aku melihat kau menjadi "gentleman" .....

buruan cinta ku, tidak dapat kau saksikan lagi kerana kau tidak pernah alami dan selami ape yang aku inginkan, andai masa tidak mengizinkan kita utk terus berjuang walaupun dirimu hanya sekadar melihat, aku pasrah tetapi aku bukan putus asa...

lambaian tangan ku hnya utk dirimu seorang dan aku harap kau mengerti apa erti mksd lambaian tgn ku terhadap diri kau kerana ia membawa 1001 mksd. buka la dirimu di dalam alam yang nyata.. seandainya , baik bagi Nya dirimu utk aku, baik jgak utk diriku.. Kau permudahkan segala apa yang sukar utk dirinya...