embun dinihari..

embun dinihari..
LaKarkaN hIdUpMu dGn wArNa wArNi kEhDuPaN.....


Get your own Digital Clock


Get a Glitter Calendar Click Here
bahagia tidak selalu berpanjangan

Cinta Adalah Santapan JIWA

:: Hati keluh resah memikirkan masa silam yang menghantui. Betul. Orang cakap, lelaki baik untuk perempuan yang baik. Tetapi adakah lelaki yang baik itu, tidak pernah melakukan kesalahan? Oh, tidak. Buntu buntu buntu dan terus buntu untuk aku memikirkan nya ::

Begitu la keluhan yang sering aku dengar tentang ini. Cinta , cinta dan cinta. setiap sudut hati seseorang itu pastinya ingin diberi perhatian. Bagi aku "cinta adalah SANTAPAN JIWA" . Jiwa kita juga memerlukan santapan tapi bukan lah makanan ye. Cinta itu suci. Jangan kotori ia dengan kenangan silam kita.
 
Jiwa tanpa cinta ibarat rumah yang kosong. walau kedengaran seperti tak logik, tapi bagi sesetengah pendapat macam itu lah. Cinta bersemi apabila dua insan bersatu hati dan terpaut hati. Cinta juga seperti sinar mentari, ia menyinari  tanpa mengharap balasan. Sinaran yang terpancar itu tidak memilih siapa dia untuk ia menyinari tetapi sentiasa memberi kehangatan di hati.

Cinta itu indah. indah itu perlu di lindungi dengan keimanan kita, jangan kita terlalu lalai tentang cinta. tetapi untuk melahirkan cinta itu untuk terus kekal, perlu lah kita usaha, begitu juga pupuk. Betul apa yang disirat kan, jodoh itu ketentuan NYA. Tetapi macam mana kita nak dapatkan hasil kalau kita tidak berusaha dan terus berserah. Selepas berusaha, tawakal lah anda.

“Usaha tangga kejayaan” . usaha lah setakat kemampuan kita. Andai usaha kita itu, di redhai dan di jalan yang benar, InsyaALLAH, ALLAH pasti membantu kita. Niat mahu betul.

Cinta itu seperti bunga-bunga. Ia akan tumbuh di setiap hati yang ingin di mengerti dan mengenal apa itu cinta. yaa, cinta selepas kahwin.  Tidak di nafikan, indahnya cinta selepas kahwin. Tapi kita perlu tahu, Sekarang zaman serba canggih, aku bukan ingin bercakap tetap moden, tetapi bagi aku cinta itu untuk mengenal hati budi seseorang. Tidak terlalu keterlaluan. Asalkan tahu batasan nya.

Bukan semua orang baik. Lelaki mahupun perempuan. Kita juga perlu di ingatkan supaya berhati-hati. Dia akan menjadi peneman hidup kita sepanjang hayat. Maka bagi aku, kenal lah dengan CINTA anda.

Setiap orang ada kefahaman tentang cinta masing-masing. Cinta pada ALLAH, cinta pada NABI, cinta pada IBU BAPA, cinta pada seorang INSAN yang akan bersama kita sepanjang hayat.

Selalu orang salahkan cinta itu. cinta itu tak salah, yang salah diri kita. Andai kita mampu untuk membawa diri, menjaga diri kita, insya-Allah cinta itu bersemi dengan indah.

Ketahui lah, kita sebagai manusia biasa yang sememangnya sering kali melakukan kesalahan pada manusia mahupun ALLAH.  Jangan la sesekali kita menguji seseorang itu, untuk kita mengetahui sejauh mana pengetahuan dia. Andai nya dia tidak mampu untuk meniti apa yang di uji oleh kamu itu, jangan lah kamu membuang dia.

Kelemahan dan kelebihan ada pada setiap insan. Setiap apa yang kekurangan itu, isi la dengan kelebihan apa yang kita ada. Saling melengkapi itu baek. =)

Seandainya aku di landasan yang salah, pimpin la aku ke jalan yang lurus. Bukannya dengan penghinaan. Itu harapan aku.

t.i.t.i.s.a.n.e.m.b.u.n                                          

                                                                         

Hidup adalah cinta
Cinta adalah jiwa
Jiwa adalah nyawa
Nyawa adalah manusia
Kita lahir ke dunia
Kerana cinta
Ibu bapa..
Ibu bapa kita
Kita wujud di dunia
Kerana CINTA TUHAN
Kalau tidak
Hidup x bermakna



No comments:

Post a Comment