embun dinihari..

embun dinihari..
LaKarkaN hIdUpMu dGn wArNa wArNi kEhDuPaN.....


Get your own Digital Clock


Get a Glitter Calendar Click Here
bahagia tidak selalu berpanjangan

S.A.H.A.B.A.T.S.E.L.A.M.A nyaa....






Bukan senang kita nak melupakan sesuatu yang kita lakukan. Hati yang kuat dan kental pun, masih lagi belum mampu untuk melenyapkan segala memori dan kenangan yang lepas.
{aku sayang kau}

Yaa, pergi la awan kelabu, datanglah awan biru kepadaku. Setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan, memberi kesedaran pada diri aku. Walaupun, bukan berlaku pada diri aku, tetapi aku rasa seolah-olah aku merasainya. Sakit.
{aku sayang kau}

Wahai sahabatku, aku tak sekuat kau, aku tak sehebat kau, kau hebat, kau kental. Aku tetap berada di belakang kau, jangan la kau bimbang, andainya untuk aku mempertaruhkan nyawa aku sekali pun, aku sanggup lakukan apa saja untuk kau hanya kerana ALLAH.
{aku sayang kau}

Walaupun bukan dengan wang ringgit aku dapat bantu kau, tapi aku dapat membantu kau dari segi nyawa dan tenaga aku. Aku harap kau sabar menghadapi ujianNYA. Aku kaku, aku kelu. Mengalir mengalir dan terus mengalir  air mataku. Aku akan berusaha untuk menolong kau. Jangan pernah merasakan kau keseorangan.
{aku sayang kau}

Andai itu takdirnya, aku terpaksa lepas kan kau pergi. Aku lepaskan kau pergi bukan aku benci kau, tapi mungkin kau akan dibawa pergi. Jangan pernah anggap kau menyusahkan hidupku, ALLAH pasti bantu hambaNYA. YAKIN lah.
{aku sayang kau}

Satu per satu ujian yang datang, dan aku harap kau mengerti kenapa ujian itu datang kepada kau. Itu kerana ALLAH masih mahu mendengar rintihan doa mu. Berdoa lah, dan terus berdoa. Jangan putus berdoa. ingat tu.
{aku sayang kau}

Sahabatku, izinkan untuk aku menjaga mu walaupun aku tahu singkat masa nya. Dan aku pasti selepas ini, aku tak mampu untuk menjagamu seandainya takdir telah menetapkan kau jauh dari aku.
{aku sayang kau}

Terima kasih sahabat kerana mempercayai aku sehingga ke tahap ini, takkan ku mempersiakan peluang yang ada, biarlah ia menjadi rahsia kita berdua.  Aku tetap menyayangi diri kau, andai kau terbaca entri ini,  izinkan aku untuk memeluk hati mu yang kental itu agar tidak goyah dipanah cabaran.
{aku sayang kau}

Setiap masa, detik dan saat, aku sentiasa mengingati dirimu, keadaan kau, kesihatan kau, jaga la diri kau berbaik. Dalam setiap ujian yang datang, pasti ada hikmahnya. Aku doakan kau sentiasa di bawah perlindunganNYA. Yang penting, jangan lupakan DIA..
{aku sayang kau}

Pelihara lah hati mu dengan IMAN. Pesanan dari ku, yang sentiasa menyayangi dirimu.. takkan pernah aku cuba untuk menjauhi diri mu. Berkawanku dengan diri kau, hanya kerana DIA.

AKU SAYANG KAU

TERIMA KASIH  “S.A.H.A.B.A.T. S.E.L.A.M.A”  NYA

No comments:

Post a Comment