embun dinihari..

embun dinihari..
LaKarkaN hIdUpMu dGn wArNa wArNi kEhDuPaN.....


Get your own Digital Clock


Get a Glitter Calendar Click Here
bahagia tidak selalu berpanjangan

RaHsiA HaTi


Jari jemari cumel ku galak menari di atas papan kekunci
Lantas ku coretkan satu puisi khas buatmu, sayang
Bagiku puisi merupakan tulang pena yang mampu menceritakan segala2nya
Tentang kehidupan  melalui setiap hembusan nafasku.
Di setiap celahan kehidupan itu
Terselit pelbagai kisah suka dan duka
Ada banyak air mata yang mengalir tidak kira gembira mahupun kepahitan
Yang menceritakan setiap erti kebahagiaan akan sebuah pertemuan
Atau  kesedihan tentang sebuah perpisahan

Ketika ini, hari ini, saat ini, detik ini dan sehingga kini
Banyak perkara berlaku yang datang dan pergi
saat tawa berkumandang menghiasi kedukaan di jiwa
namun bagi dirimu yang inginkan senyuman terukir di bibirmu
membuat hatiku berbunga bersama linangan air mata gembira
yang tersemat abadi di jiwa.

Mimpi yang indah di saat aku sedar aku tidak tidur
Alangkah indah nya ketika saat itu aku mampu untuk menghentikan jam dan waktu
Namun aku tidak mampu untuk menghalang perjalanan masa itu
Kerna masa itu tidak pernah menunggu sesiapa pun.
Pinjamkan bahumu dikala aku kesedihan menahan lelah
Maafkan aku jikalau aku melukakan telingamu dengan kata-kata ku
Kerna  aku tak bisa untuk mengetahui setiap kesalahan ku

Tiap lembar rasa aku bariskan namamu dengan kerinduan setajam cahaya purnama
Pada dingin malam ku kalungkan mutiara2  doa pada dadamu
Agar di setiap detakan jarum itu kau sentiasa berbahagia nun jauh di sana
Di Dalam tidurmu yang nyenyak di buai rasa ketenangan dan di lindungi oleh NYA
Kini Aku beraksi di medan puisi yang mencoret rahsia hati tanpa tinta bernada

rasaku akan ku semai sebati dalam jiwamu agar kau tahu aku sentiasa bersamamu
ku peluk malam yang dingin menanti hari esok agar kau hadir di depan mataku
namun aku perlu yakin bahawa esok, TUHAN akan sediakan waktu untuk kita melakarkan senyuman
di mana aku setia menanti dan menunggu akan kepulangan kau di sintok
tempat di mana pertemuan kita dahulu di dataran ilmu dan berakhir di situ jua
setelah kau tamat belajar di situ…

dan ku ingin kau tahu,
aku sangat mencintaimu..
Semoga perhubungan kita di bawah naungan kasihmu, Illahi..
Amin…


8.56pm
25 Jan 2012









No comments:

Post a Comment