Di saat itu
Aku dibawa ke mana-mana sahaja
Walau letih dan sakit
Dia tetap membawaku bersama-sama
Kerna ia adalah amanat-Nya
Apabila aku mula melihat dunia ini
Aku di iqamatkan
Sungguh syahdu alunan itu
Dengan ini aku telah menjadi hak-Nya
Di waktu ini
Aku diberi segalanya
Semuanya cukup sempurna
Kini aku semakin membesar
Tiada lagi kenangan lalu
Yang tinggal hanyalah memori
Memori yang sukar untuk dihapuskan
Pabila aku meniti usia dewasa ini
Aku makin mengerti erti hidup
Tiada apa yang kekal
Yang tetap kekal hanyalah Dia
Kini aku menghitung hari
Menunggu seruan-Nya
Entah esok atau lusa
Yang pasti aku akan tetap menemui-Nya
No comments:
Post a Comment