embun dinihari..

embun dinihari..
LaKarkaN hIdUpMu dGn wArNa wArNi kEhDuPaN.....


Get your own Digital Clock


Get a Glitter Calendar Click Here
bahagia tidak selalu berpanjangan

aNdai LeLaki tAhu


Andai lelaki tahu
Dalam hati seorang perempuan
Ada naluri untuk disayangi
Ada masa untuk diberi perhatian
Ada rasa untuk didengari keluh resah nya
Ada waktu-waktu minta ditemani kesedihannya

Andainya lelaki tahu
Rajuk seorang perempuan dipujuk
Marah seorang perempuan perlu didekati
Sedih seorang perempuan harus didengari
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi

Andainya lelaki tahu
Di sebalik seribu satu rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut

Bukan untuk dimanjai
Bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh
Hanya perlu sedikit perhatian
Agar rasa kasih itu terasa wujud
Walau disaat jauh

Kerana andai lelaki tahu
Hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan
Wujudkah cinta itu di hati lelaki??
Bila disaat jauh tanpa perkhabaran??

Sayangilah seseorang itu
Atas dasar siapa dirinya sekarang
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini
Cintai lah seseorang itu kerana hatinya
Bukan paras rupa semata-mata





No comments:

Post a Comment