embun dinihari..

embun dinihari..
LaKarkaN hIdUpMu dGn wArNa wArNi kEhDuPaN.....


Get your own Digital Clock


Get a Glitter Calendar Click Here
bahagia tidak selalu berpanjangan

Titisan Jernih di Pipiku

Satu per satu titisan air mataku menitis.

Biarpun mengalir seperti sungai, ia tidak pernah dilihat oleh kau.

Yaa, sahabatku kini jauh pergi dari persimpangan hidupku…

Bukan aku tak terasa dengan kelakuan dia, tapi aku mohon agar TUHAN buang sejauh mungkin rasa terlalu sayang pada dia…

Saat aku tertekan dengan ujian melanda diriku pada semester akhir ini, aku di uji lagi dengan pelbagai dugaan..

Serius. Sedih. Terkilan. Tapi apakan daya ku, aku hanya seorang kawan bagi diri dia. Tiada aku, tak memberi makna pada dia.

Hati aku banyak pendamkan rasa untuk menyembunyi kan segala rasa yang terpendam agar aku dan dia berhubung mesra, tapi semakin lama rasa mesra itu, semakin pergi jauh meninggalkan aku.

Buat kali terakhirnya, aku mohon pada DIA, agar aku lepaskan perasaan sayang aku pada kau..

Meneliti gerak gerinya bererti aku mengharapkan kasih sebagai sahabat tetapi aku hanya menunggu di bawah pokok durian yang tidak berbuah menanti kehadiran durian yang luruh.

Pedih kan. Kau sahabat rapat aku ketika dulu. Maafkan aku andai masa-masa lepas, aku banyak buat kau sakit hati, buat kau terguris, aku mohon maaf.

Tapi kali ini, aku mohon maaf lagi, kerana aku tak bisa menanggung kesakitan melihat, merasa ketidakpedulian kau terhadap aku.

Aku tak pernah menyesal dengan menyayangi kau sebelum ini, tapi aku bersyukur kerana sebelum ini, masih ada orang yang menyayangi diri aku. mengambil berat tentang diri aku. terima kasih, awak.

Aku terkedu. Serius aku terkedu. Bukan aku jeles tetapi aku punya perasaan. Terima kasih kerana berbuat begini, at least aku sedar dan merasai apa yang kau rasa.

Semuga hati aku tabah sekarang. Aku harap semuga TUHAN lembutkan hati kau, berjumpa dengan orang yang kau sayang suatu hari nanti. Saat itu, aku lah orang paling bahagia melihat kau bahagia..

Sekarang, kau bersama la dengan kawan-kawan kau, aku mohon kau bahagia dan gembira bersama mereka. Jangan hiraukan aku sebab aku mendoakan kau akan mendapat kawan yang mampu buat kau ketawa.

Aku bukan memutuskan persahabatan, tetapi aku hanya ingin menjadi insan tidak penting dalam hidup kau. Biarlah hanya sekadar kawan. Kawan yang tiada tidak dihiraukan, ada pun tidak dihiraukan. Biarlah sebegitu dari aku memakan hati dek perlakuan..

Satu yang ku pinta, aku adalah aku, jangan lah kau pernah menggantikan aku atau menyamakan aku dengan orang lain, itu tak bisa aku dengar. Biarlah aku terkubur dan hanya menjadi memori antara kita.

Persahabatan anatara aku dank au bagi diri aku, amat bermakna. Biarlah ia bersemadi dalam hati aku. aku mohon, jangan pernah kau bilang untuk membuang segala kenangan yang kita cipta.

Kita masih lagi satu geng, tapi aku dapat rasakan kau cuba untuk menjauhi aku. tetapi kau tak pantas untuk khabarkan kepada aku.

Apa yang ingin aku sampaikan, kau tetap orang yang aku paling sayang… biarpun hanya mimpi yang menjadi igauan untuk aku, aku lebih rela dari kau menjauhi aku.

Tapi aku perlu sedar, tidak dalam dunia ini dapat kita untuk memaksa hatinya menyayangi kita. Aku tahu betapa sukarnya untuk aku menghadapinya.

Terima kasih, kawan. Terima kasih segalanya..

Aku terlalu rindukan kau yang dulu. Rindu. Rindu. Rindu.
(;_;)

.Friend Forever.


CERITA EKAU


Perkenalan aku bermula pada aku tingkatan dua.. waaa, lama kan.. tahun tu baru 2004.. muda lagi aku rupanya time ketika tu.

Dia kelas dedikasi, aku pula cekal. Kelas kami bersebelahan.  Aku pula rajin ke tandas waktu tu.. dia selalu kacau aku sehinggakan aku merasa berasa pelik pula. 

Sapa dia??

Oh, EKAU.  Take noted.

Aku tidak peduli kan sebab nya aku rasa aku kenal tapi ntah laaa…

Masuk tahun 2005, 2006 …. Masa tingkatan 3.. aku still x mampu ingat sejak bila aku berkawan dengan EKAU ini… 2005 aku sebuk dengan kawat kaki.. so abaikan tahun itu.

2006, tetiba je aku ada geng. GG.. Geng Gila2.

Time tu laa, aku mula rasa kedatangan EKAU. Aku berkawan dengan GG ini… semakin lama semakin rapar GG ni. Aku pun makin lama makin rapat dengan EKAU.
Seterusnya pada tahun 2007. Banyak kenangan yang tercipta antara aku dan GG…

Aku baru sedar kehadiran EKAU ini merupakan SAHABAT aku yang paling aku SAYANG.. ramai yang salah paham dengan kami, tapi aku tetap saying EKAU sebagai SAHABAT aku..

Form 6 sedang memanggil-manggil aku untuk memenuhi calon kerusi di KSAH… aku akur dengan aturan hidup ku. Maka kami terpisah. Terpisah walaupun dengan jarak yang dekat.

Sedih?? Agak jugak, lagi sedih bila aku dapat tahu yang dia bakal pergi jauh. Ke PAHANG. Bagi aku, aku tak akan kehilangan dia walaupun kadang-kadang aku merasakan aku akan hilang dia suatu hari nanti.

Aku buang jauh-jauh itu perasaan. Jauh termenung aku memikirkan tentang persahabatan aku dengan dia.

Terasa. Sedih. Kecewa. Gembira. Semuanya bercampur baur.

Sepanjang perkenalan aku dengan EKAU. Memang banyak cabaran. Ada orang jeles. Ada orang dengki. Itu lumrah bila aku berkawan dengan orang yang femes.

Itu hari ada pantai itu kami datang. Bersama-sama dengan GG. Tapi x cukup kuota.. gembira bersama.

Aku gembira kerana persengketaan aku dengan EKAU telah pun berakhir. Tidak lagi, tidak bertegur sapa.

Hari-hari seterusnya, aku makan dekat ROTI BAKAR. Hanya aku dan dia. Seronok kan bersama dengan orang yang kita sayang. Seorang SAHABAT yang selalu aku sayang.

Tapi entah kenapa. Aku tak tahu bila, aku tak pasti di mana kesilapan aku. Mungkin aku bukan kawan yang baik bagi diri nya. Sejak kebelakangan ini, aku dan dia DINGIN.

Aku dapat rasakan. Orang cakap, kalau nak saying seseorang itu, jangan terlalu menyayangi. Nanti parah diri.

Walapun EKAU tak tahu, aku terlalu menyayangi diri nya, aku harap suatu hari nanti, dia sedar yang aku amat menyayangi diri dia sebagai SAHABAT aku yang tak pernah jemu dengan kerenah aku.

Sekarang. Dah lain. Terasa ? agak laa. Tapi aku diamkan sahaja. EKAU banyak berubah. Seyesly seriously, aku tak tipu. Tapi aku diamkan saja. Nanti kalau aku cakap pape, EKAU marah kan aku.

Sedangkan time aku perlukan EKAU, EKAU langsung tak peduli aku. Aku teramat terasa. Aku luahkan aku terasa. Tapi aku dipersalahkan.

Mungkin aku yang salah. Betul cakap dia. Tapi dia langsung tak reply msj aku selepas itu. Mungkin aku dah tak bermakna untuk dia.
Mungkin juga aku bukan sahabat dia lagi. Aku hanya tahu menyusahkan dia saja kan..

Tapi tak pe, aku ngaku aku salah. Selepas dari tu, aku dah jadi takut. Takut untuk tegur dia. Takut untuk msj dia.  Takut untuk mintak tolong dia. Takut nak ajak dia keluar ag..

Aku takut. Tapi tu semua EKAU tak tahu, EKAU takkan pernah tahu, sebab aku selit perasaan itu jauh dari lubuk hati aku. Aku kena terima segalanya. Mungkin jugak aku akan mula kehilangan seorang SAHABAT yang aku sayang.

Sebolehnya aku tolak segala kemungkinan yang berlaku. Aku taknak pikir begitu.
Air mata aku pun satu hal, selalu sangat sensitip pasal EKAU. Tapi takpe, tak rugi aku beralah dengan orang yang aku sayang. Tak salah kan..???

Mengalir untuk orang yang kita sayang kan…

Sekarang, EKAU dah ada geng baru. Mungkin geng itu mampu buat dia gembira. Kann..??

Sedih ?? tak laah, asalkan EKAU bahagia dengan pilihan geng yang dia pilih. Lepas nie, sapa laa pula yang mampu tahan dengan aku kan…??

Aku..?? EKAU..??

Terima kasih ye EKAU…  

Apa apa sekalipun, aku tetap sayang EKAU. Segala kenangan kita, jangan pernah kau padamkan…

Biarkan ia terpahat di sanubari. Aku tak pasti sampai bila kah EKAU akan berterusan begini. Satu yang ku pinta, JANGAN pernah EKAU lupa kan perkenalan kita…

Apa yang aku mampu lakukan, hanya dengan memujuk hati sendiri..

=’)

4 MEI 2013
2:09 PM
Mendung ibarat semendung hatiku.