embun dinihari..

embun dinihari..
LaKarkaN hIdUpMu dGn wArNa wArNi kEhDuPaN.....


Get your own Digital Clock


Get a Glitter Calendar Click Here
bahagia tidak selalu berpanjangan

Titisan Jernih di Pipiku

Satu per satu titisan air mataku menitis.

Biarpun mengalir seperti sungai, ia tidak pernah dilihat oleh kau.

Yaa, sahabatku kini jauh pergi dari persimpangan hidupku…

Bukan aku tak terasa dengan kelakuan dia, tapi aku mohon agar TUHAN buang sejauh mungkin rasa terlalu sayang pada dia…

Saat aku tertekan dengan ujian melanda diriku pada semester akhir ini, aku di uji lagi dengan pelbagai dugaan..

Serius. Sedih. Terkilan. Tapi apakan daya ku, aku hanya seorang kawan bagi diri dia. Tiada aku, tak memberi makna pada dia.

Hati aku banyak pendamkan rasa untuk menyembunyi kan segala rasa yang terpendam agar aku dan dia berhubung mesra, tapi semakin lama rasa mesra itu, semakin pergi jauh meninggalkan aku.

Buat kali terakhirnya, aku mohon pada DIA, agar aku lepaskan perasaan sayang aku pada kau..

Meneliti gerak gerinya bererti aku mengharapkan kasih sebagai sahabat tetapi aku hanya menunggu di bawah pokok durian yang tidak berbuah menanti kehadiran durian yang luruh.

Pedih kan. Kau sahabat rapat aku ketika dulu. Maafkan aku andai masa-masa lepas, aku banyak buat kau sakit hati, buat kau terguris, aku mohon maaf.

Tapi kali ini, aku mohon maaf lagi, kerana aku tak bisa menanggung kesakitan melihat, merasa ketidakpedulian kau terhadap aku.

Aku tak pernah menyesal dengan menyayangi kau sebelum ini, tapi aku bersyukur kerana sebelum ini, masih ada orang yang menyayangi diri aku. mengambil berat tentang diri aku. terima kasih, awak.

Aku terkedu. Serius aku terkedu. Bukan aku jeles tetapi aku punya perasaan. Terima kasih kerana berbuat begini, at least aku sedar dan merasai apa yang kau rasa.

Semuga hati aku tabah sekarang. Aku harap semuga TUHAN lembutkan hati kau, berjumpa dengan orang yang kau sayang suatu hari nanti. Saat itu, aku lah orang paling bahagia melihat kau bahagia..

Sekarang, kau bersama la dengan kawan-kawan kau, aku mohon kau bahagia dan gembira bersama mereka. Jangan hiraukan aku sebab aku mendoakan kau akan mendapat kawan yang mampu buat kau ketawa.

Aku bukan memutuskan persahabatan, tetapi aku hanya ingin menjadi insan tidak penting dalam hidup kau. Biarlah hanya sekadar kawan. Kawan yang tiada tidak dihiraukan, ada pun tidak dihiraukan. Biarlah sebegitu dari aku memakan hati dek perlakuan..

Satu yang ku pinta, aku adalah aku, jangan lah kau pernah menggantikan aku atau menyamakan aku dengan orang lain, itu tak bisa aku dengar. Biarlah aku terkubur dan hanya menjadi memori antara kita.

Persahabatan anatara aku dank au bagi diri aku, amat bermakna. Biarlah ia bersemadi dalam hati aku. aku mohon, jangan pernah kau bilang untuk membuang segala kenangan yang kita cipta.

Kita masih lagi satu geng, tapi aku dapat rasakan kau cuba untuk menjauhi aku. tetapi kau tak pantas untuk khabarkan kepada aku.

Apa yang ingin aku sampaikan, kau tetap orang yang aku paling sayang… biarpun hanya mimpi yang menjadi igauan untuk aku, aku lebih rela dari kau menjauhi aku.

Tapi aku perlu sedar, tidak dalam dunia ini dapat kita untuk memaksa hatinya menyayangi kita. Aku tahu betapa sukarnya untuk aku menghadapinya.

Terima kasih, kawan. Terima kasih segalanya..

Aku terlalu rindukan kau yang dulu. Rindu. Rindu. Rindu.
(;_;)

.Friend Forever.


No comments:

Post a Comment