embun dinihari..

embun dinihari..
LaKarkaN hIdUpMu dGn wArNa wArNi kEhDuPaN.....


Get your own Digital Clock


Get a Glitter Calendar Click Here
bahagia tidak selalu berpanjangan

CERITA EKAU


Perkenalan aku bermula pada aku tingkatan dua.. waaa, lama kan.. tahun tu baru 2004.. muda lagi aku rupanya time ketika tu.

Dia kelas dedikasi, aku pula cekal. Kelas kami bersebelahan.  Aku pula rajin ke tandas waktu tu.. dia selalu kacau aku sehinggakan aku merasa berasa pelik pula. 

Sapa dia??

Oh, EKAU.  Take noted.

Aku tidak peduli kan sebab nya aku rasa aku kenal tapi ntah laaa…

Masuk tahun 2005, 2006 …. Masa tingkatan 3.. aku still x mampu ingat sejak bila aku berkawan dengan EKAU ini… 2005 aku sebuk dengan kawat kaki.. so abaikan tahun itu.

2006, tetiba je aku ada geng. GG.. Geng Gila2.

Time tu laa, aku mula rasa kedatangan EKAU. Aku berkawan dengan GG ini… semakin lama semakin rapar GG ni. Aku pun makin lama makin rapat dengan EKAU.
Seterusnya pada tahun 2007. Banyak kenangan yang tercipta antara aku dan GG…

Aku baru sedar kehadiran EKAU ini merupakan SAHABAT aku yang paling aku SAYANG.. ramai yang salah paham dengan kami, tapi aku tetap saying EKAU sebagai SAHABAT aku..

Form 6 sedang memanggil-manggil aku untuk memenuhi calon kerusi di KSAH… aku akur dengan aturan hidup ku. Maka kami terpisah. Terpisah walaupun dengan jarak yang dekat.

Sedih?? Agak jugak, lagi sedih bila aku dapat tahu yang dia bakal pergi jauh. Ke PAHANG. Bagi aku, aku tak akan kehilangan dia walaupun kadang-kadang aku merasakan aku akan hilang dia suatu hari nanti.

Aku buang jauh-jauh itu perasaan. Jauh termenung aku memikirkan tentang persahabatan aku dengan dia.

Terasa. Sedih. Kecewa. Gembira. Semuanya bercampur baur.

Sepanjang perkenalan aku dengan EKAU. Memang banyak cabaran. Ada orang jeles. Ada orang dengki. Itu lumrah bila aku berkawan dengan orang yang femes.

Itu hari ada pantai itu kami datang. Bersama-sama dengan GG. Tapi x cukup kuota.. gembira bersama.

Aku gembira kerana persengketaan aku dengan EKAU telah pun berakhir. Tidak lagi, tidak bertegur sapa.

Hari-hari seterusnya, aku makan dekat ROTI BAKAR. Hanya aku dan dia. Seronok kan bersama dengan orang yang kita sayang. Seorang SAHABAT yang selalu aku sayang.

Tapi entah kenapa. Aku tak tahu bila, aku tak pasti di mana kesilapan aku. Mungkin aku bukan kawan yang baik bagi diri nya. Sejak kebelakangan ini, aku dan dia DINGIN.

Aku dapat rasakan. Orang cakap, kalau nak saying seseorang itu, jangan terlalu menyayangi. Nanti parah diri.

Walapun EKAU tak tahu, aku terlalu menyayangi diri nya, aku harap suatu hari nanti, dia sedar yang aku amat menyayangi diri dia sebagai SAHABAT aku yang tak pernah jemu dengan kerenah aku.

Sekarang. Dah lain. Terasa ? agak laa. Tapi aku diamkan sahaja. EKAU banyak berubah. Seyesly seriously, aku tak tipu. Tapi aku diamkan saja. Nanti kalau aku cakap pape, EKAU marah kan aku.

Sedangkan time aku perlukan EKAU, EKAU langsung tak peduli aku. Aku teramat terasa. Aku luahkan aku terasa. Tapi aku dipersalahkan.

Mungkin aku yang salah. Betul cakap dia. Tapi dia langsung tak reply msj aku selepas itu. Mungkin aku dah tak bermakna untuk dia.
Mungkin juga aku bukan sahabat dia lagi. Aku hanya tahu menyusahkan dia saja kan..

Tapi tak pe, aku ngaku aku salah. Selepas dari tu, aku dah jadi takut. Takut untuk tegur dia. Takut untuk msj dia.  Takut untuk mintak tolong dia. Takut nak ajak dia keluar ag..

Aku takut. Tapi tu semua EKAU tak tahu, EKAU takkan pernah tahu, sebab aku selit perasaan itu jauh dari lubuk hati aku. Aku kena terima segalanya. Mungkin jugak aku akan mula kehilangan seorang SAHABAT yang aku sayang.

Sebolehnya aku tolak segala kemungkinan yang berlaku. Aku taknak pikir begitu.
Air mata aku pun satu hal, selalu sangat sensitip pasal EKAU. Tapi takpe, tak rugi aku beralah dengan orang yang aku sayang. Tak salah kan..???

Mengalir untuk orang yang kita sayang kan…

Sekarang, EKAU dah ada geng baru. Mungkin geng itu mampu buat dia gembira. Kann..??

Sedih ?? tak laah, asalkan EKAU bahagia dengan pilihan geng yang dia pilih. Lepas nie, sapa laa pula yang mampu tahan dengan aku kan…??

Aku..?? EKAU..??

Terima kasih ye EKAU…  

Apa apa sekalipun, aku tetap sayang EKAU. Segala kenangan kita, jangan pernah kau padamkan…

Biarkan ia terpahat di sanubari. Aku tak pasti sampai bila kah EKAU akan berterusan begini. Satu yang ku pinta, JANGAN pernah EKAU lupa kan perkenalan kita…

Apa yang aku mampu lakukan, hanya dengan memujuk hati sendiri..

=’)

4 MEI 2013
2:09 PM
Mendung ibarat semendung hatiku. 



TANGGAL 25 MAC 2013


Tanggal ini 25 mac 2013… Satu malam yang menguji kehatian aku…
Di mana aku ketahui sesuatu, kebenaran terkeluar sendiri… walaupun hanya dengan tulisan…

Ia mampu mengguris hati aku… seteruk teruk hati aku, aku tidak pernah menyalahkan takdir,
Kenapa aku perlu berjumpa dengan nya…??

Tapi aku tak sangka, kenyataannya menyesal berkenalan dengan aku, membuatkan jantung hatiku hancur

Mungkin itu memang ingin di perkatakan olehnya sejak dulu kala lai agaknya…
Maafkan aku wahai ‘kau’… bersabarlah, hanya beberapa bulan saja engkau akan bersama ku…

Dan selepas itu, aku akan pergi jauh dari kau… terima kasih kerana pernah menjaga aku selama ni, aku terhutang budi dengan kau…

Yaa… !! di sebabkan budi itu la aku cuba untuk bersabar dan menerima apa saja yang kau perlakukan… tertanya juga di lubuk hati aku, apakah masalah kau??

Tapi aku cuba untuk mencari kesalahan diri aku dulu, aku tak pernah jumpa melainkan kau sendiri yang perkatakan kepada aku… apakah silap dan salah aku…

Kau tetiba diam dengan aku, aku turut diam… mungkin bagi kau, aku yang mula diam dulu, aku beralah, aku yang bersalah kalau itu buat kau gembira…

Aku diam sebab aku nak kau ambik masa kau dengan ke’diam’an kau tu untuk mengembalikan mood kau, tapi ternyata masa yang aku berikan untuk kau, membuatkan kita dingin kembali…

Lima sem kau bertahan dengan aku dan aku bertahan dengan kau… aku ingin beri kau kebebasan untuk memilih orang lain, tapi aku diamkan saja… aku tak nak nanti kau fikir yang aku dah tak suka pada kau… aku tak nak timbul persoalan tu dalam pemikiran kau…

Aku terus bersabar… sem enam kali ini, azam aku untuk tidak berdiam lagi… aku bercakap juga… tapi aku tak tahu mana silap nya aku… kau tetiba diamkan diri… diam dan terus diam… kenapa kau??

Kalau aku salah perkatakan lah… buleh aku mintak maaf…

Terkilan. Okay, aku terkilan. Kau ingat buah yang aku berikan untuk kau..?? aku tahu kau Nampak buah tu dan kau pun tahu, buah tu tidak akan bertahan lama kalau di luar kawasan sejuk…

Tapi kau ada sentuh?? Kau ada makan?? Kau ada ucapkan sesuatu?? Tidak kan?? Aku tak mengharapkan pun kau bercakap untuk ucapkan sesuatu untuk aku… Cuma apa yang aku harapkan kau jamah makanan yang aku belikan untuk kau…

Sampai saat, aku tak sanggup untuk melihat nanti kau membuang buah itu, lalu aku buang nya dalam tong sampah… aku buang sebab buah itu dah pun tak bule nak di jamah nya… kau Nampak buah tu nages?? Takkan?? Sebab aku menanges dalam hati…

Kau tahu apa perasaan aku??? Kau takkan pernah tahu, aku simpan perasaan itu sebab aku taknak, aku dan kau tidak akan bercakap nanti…

Hati kau keras, keras seperti batu… maaf. Itu yang aku mampu cakapkan.
Malam 25 mac itu, aku tahu segalanya… terima kasih untuk apa yang pernah kau berikan untuk aku… apa yang pernah kau jaga aku… aku berterima kasih pada kau… dan aku maafkan kau… aku tak pernah marah kau tapi aku TERKILAN dengan kau…

Sejahat jahat aku, aku tak pernah rasa menyesal berjumpa dengan kau… terima kasih mengajar aku banyak erti kesabaran pada aku…

Hajat aku tak kesampaian untuk membuat parti untuk kau… hajat aku untuk makan dan meraikan kau menjadi teman sepanjang aku disini telah terbantut… aku sedar, kau hanya terpaksa untuk bersama aku kerana untuk menutup pandangan orang sekeliling…

Terima kasih itu sekali…

Kalau itu yang kau inginkan dari aku… aku akan lakukan… dan kau jangan risau, ibu aku tak pernah tahu pun kekonflikkan antara kita… walaupun dia sering bertanyakan tentang kau, aku akan jawab,

“oh, ‘kau’ ada je kat bilik, tengah mengemas” (walaupun aku tahu, masa untuk itu tak sesuai ibu aku berjumpa dengan kau sedangkan kita berdingin sebab aku tak nak dia tahu)

“emmm, ‘kau’ kirim salam” (walaupun kau tak sampaikan salam pada ketika itu)

“ada je kat sini, tengah tido” (walaupun kau tak tidak ada di bilik)

Mak aku pernah Tanya aku tentang kau dan aku… tapi jawapan aku,
“eh xda la, okay je..”

Aku nak jaga aib kita, aku nak jaga hubungan kau dengan ibu aku… tapi aku tak sangka, ini yang aku dapat… aku dapat rasa ini yang aku tak pernah rasa sebelum ini… aku berterima kasih pada kau…

Untuk pengetahuan kau, aku dah lupa kan semua perkara dari sem satu sampai lima, aku dah taknak ingat, aku inginkan mula kehidupan aku yang baru bersama kau…

Tapi aku tak sangka, sem ini lah paling teruk aku rasa petelingkahan antara kita… terima kasih buat kepada aku begini…

Kau tahu apa hajat aku cuti midsem ini?? Cadang aku ingin bertandang ke rumah kau… aku nak eratkan hubungan kita tapi apa aku dapat...?? kau dah hancurkan semua itu dengan kenyataan kau… aku dah rancang untuk buat kejutan untuk kau dengan kita keluar bersama-sama dengan kau… tapi apa aku dapat?? Hancur segalanya…

Hancur lebur hati aku dengan perkataan yang kau katakan… aku tak kisah apa saja yang kau ingin berkata or kutuk aku… tapi penyesalan kau dengan takdir berjumpa dengan aku, membuat kan aku betul-betul sedar sapa diri aku…

Terima kasih ‘kau’…  jika ayat itu mampu buat kau berasa tenang, aku redha kerana ALLAH… aku bersyukur kerana dengan ayat itu dapat buatkan kau rasa bahagia…

Kebahagiaan kau adalah kebahagian aku juga walaupun kau tak pernah tahu… seperti yang pernah ungkapkan melalui tulisan…

Aku akan menyayangi seseorang itu melalui penglihatan dan pantauan dari jauh jee… kau takkan pernah tahu keprihatinan aku pada kau sebab aku tak pernah tunjukkan kerana aku takut untuk berpisah dengan kau satu hari nanti…

Hahaha… ‘kau’ ‘kau’… kau baik Cuma nya kau ego, kau tak pernah nak tengok kesilapan kau… kau hanya mampu untuk menyalahkan aku dan aku dan aku… aku terima kalau sepanjang ini semua nya salah aku asalkan buat kau bahagia…

Aku mintak maaf aku mintak maaf atas segala kesilapan yang kau rasa aku lakukan dan aku tak pernah tahu dan tahu apa kesilapan aku…

Aku nak tengok kau tenang dan bergembira dengan teman-teman yang mampu membuatkan kau ketawa… itu harapan aku… tak pernah terselit rasa menyesal dalam hati aku kerana mengenali kau…

Tanggal ini memberi 1001 memori kepahitan untuk aku… J

Terima kasih, ‘kau’

26 mac 2013
9.54am
“PenaTerluka”  - insan yang benar-benar teluka…
:’)